CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 20 January 2013

Aku Umpama Layang-layang



Aku umpama layang-layang.  Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan.  Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang.  Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…

Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan…

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…

Andai taliku terputus.  Oh, janganlah kau biarkan diriku wahai kawan.  Mungkin aku terlalu lalai dan alpa, sehingga ribut pun mahu kucuba.  Walau ke ceruk mana pun aku tersesat terputus tali itu, carilah aku.  Carilah aku.  Jangan biarkan aku tanpa tali itu.  Kerana tanpa tali itu, aku takkan dapat terbang lagi.  Aku hanya menjadi layang-layang yang tidak berguna.  Menangis sendiri…

Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Terima kasih kawan.  Dengan bantuanmu aku bisa terbang tinggi…



Sahabat,sekali kita berkawan,selamanya kita tetap berkawan..Semoga kita dapat merasakan kemanisan nikmat Iman dan Islam bersama..Ukhuwah Fillah Abadan Abada,insyaAllah


Yang Ikhlas,
~Syakirah~
Naib Pengerusi PRS 2013

Friday 18 January 2013

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


       SEBENARNYE SYE X DE PAPE NK TULIS TPI ADE LAH SDIKIT YG NK DIKONGSIKAN BERSAMA KITA  SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM YG BERIMAN KEPADA ALLAH.

SOLAT SUNNAT ISTIKHARAH:



    Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.

Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya : " Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya: dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."


  Solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan bila2 masa sahaja,tidak kira waktu siang mahupun malam.Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat sesuatu pilihan yg kita x pasti untuk pilih yg mne satu seprti contoh:

1.  masuk universiti 
2.    course untuk smbung belajar
3.   pekerjaan
4.  jodoh dan sewaktu dgnnyee


Written by: HAIKAL ZAINI

Tuesday 15 January 2013

Apa Kata Al-Quran tentang RASULULLAH SAW ?

ASSALAMUALAIKUM 

Base on our previous post so today i wuld like to share with u guys a lil bit story about whats in Quran about our beloved Prophet Muhammad SAW.Plis dont get bored , hoping that by this way we can get ourselves closer with our Prophet.

1. Good Akhlak
    > And Most surely you conform (yourself) to sublime morality.
    > Dan sesungguhnya engkau benar bnar berbudi pekerti yang mulia.
      (QS,AL-QALAM (68) : 4)

2. Bless for all believers
   > Certainly Allah conferred a bnefit upon the belivers when He raised among them an apostle from among            
      themselves,reciting to them His communications and purifying them,teaching them the Book and the                      
      wisdom,although before that they were surely in manifest error.
   > Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang beriman ketika (Allah) mengutuskan seorang 
      rasul yakni Muhammad ditengah-tengah mereka dari golongan mereka sendiri,yang membacakan     
      mereka.
      ayat-ayatNya,mensucikan(jiwa) mereka,dan mengajarkan kepada mereka kitab (al-quran) dan Hikmah
      (as-sunnah),walaupun mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata
      (AL-IMRAN(3) :164)

3. Reminder
   > o Prophet,surely we've sent you as a witness and as a bearer a good news and as a warner, And as one
      inviting to Allah by His permission and as a light-giving torch.
   > Wahai Nabi ,sesungguhnya kami mengutuskanmu untuk mnjadi saksi,pembawa khabar gembira dan 
      pemberi peringatan dan untuk menyeru kepada ( agama) Allah dengan izinNya dan sebagai cahay yang 
      menerangi.
      (al-ahzab(33):45-46)

4.  The Chosen One
   > Glory to b Him who made His servant to go on a night from the Sacred Mosque to the remote mosque
      of which we've blessed the precicnts,so that We may show to him some of our signs; surely He's the 
      hearing and the Seeing.
  >  Maha suci Allah yang telah mnjalankan hambaNya (muhammad) pada waktu malam hari daripada
      Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami dapat perlihatkan
      padanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebsaran)kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi 
      Maha melihat.
     (AL-ISRA'(17) : 1)

5. Allah and all His Angels bless on the Prophet.
  > Surely Allah and His angels bless the prophet; O you who believe call for (Divine) blessings on Him and
     salute him with a salutation.
  > Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi.Wahai orang yang beriman,berselawatlah
     ke atas Nabi dan ucapkan salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
     (A-AHZAB(33) ; 56)

6. Last Prophet.
  > Muhammad isnt the father of any of your men,but he's the Apostle of Allah and the Last of the Prophets 
     and Allah is cognizant of all things.
  > Muhammad itu bukan bapa dari seorang di antar kamu,tetapi dia adalah pesuruh Allah dan penutup para
     Nabi.Dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
     (AL-AHZAB(33) ; 40)

moga dengan kehadiran bulan rabi'ul awal bulan kelahiran rasulullah dapat memupuk rasa cinta kita kepada baginda Rasulullah untuk dikekalkan didalam hati sehingga ajal kita datang menyapa.
Moga kita ditempatkan dikalangan orang beriman dan baginda Rasulullah SAW serta bertemu dengan Allah Taalah.Allahumma amin.


LAW KANA BAINANA YA RASULULLAH.







sumber rujukan:
Sirah teragung Muhammad SAW.

  

Monday 14 January 2013

Ahlan Wasahlan Rabi'ul awal

  Assalamualaikum W.B.T




Basically we all know,kita dah masuk bulan rabi'ul awal yakni bersamaan bulan kelahiran our beloved Prophet Muhammad peace be upon him.12 RABI'UL AWAL bersamaan 21 APRIL 571M.Harap kira sendiri berapa lama sudah baginda rasulullah meninggalkan kita,dalam 1442 tahun.Ya Allah waktu yang sangat lama tapi setiap kali kita dengar kisah baginda seolah olah baru semalam baginda meninggalkan kita.Moga hati kita selalu dekat dengan baginda walau jasad dan muka tidak pernah bersua.

Sedar atau tidak saudaraku sekalian hayat baginda dari awal hingga hujung nyawa baginda rasulullah berkorban untuk umatnya.Baginda rasulullah tidak membesar bersama ibu dan bapanya disisi sehingga dewasa namun baginda berjaya menjadi pemimpin terulung dan penghulu sekalian umat dapat kita lihat di situ bahawa kekuasaan Allah Taala melebihi segalanya YA SEGALANYA.

Ya hanana Ya Allah sesungguhnya engkau telah menurunkan seorang rasul yang sangat hebat yang sangat sayang akan ummat nya.Ya hanana Ya Allah kami antara yang terpilih menjadi ummat baginda.Ya Hanana Ya Allah kami menjadi ummat kepada seorang Rasul terakhir bagi mnyempurnakan agama Islam.Ya Hanana  Ya Allah kami menjadi sebahagian dari manusia yang dirindui baginda Rasulullah.YA HANANA!

Itulah hanya sesuatu yang dapat kami banggakan Islam dan sebagai umat Baginda Rasulullah S.A.W.
 Barangkali kita memang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah tapi Rasulullah sudah menyebut perihal kita kepada sahabat.Kita tidak pernah berjumpa apalagi bersua muka tapi yang pasti kita saling merindui dan semoga kerinduan ini menjadi bukti untuk kita bertemu di Sana nanti.

Ya Allah jadikan kami dikalangan mereka yang layak bertemu dengan KekasihMu Muhammad S.A.W.
Tidak mungkin terbalas jasamu Ya Rasulullah.Maafkan kami Ya Rasulullah bilamana kami tidak dapat menjadi ummat yang dibanggakan,Maafkan kami Ya Rasulullah bilamana kami mengecewakan mu Ya Rasulullah.

Salam dan selawat ke atas baginda keluarga dan para sahabat.Moga hayat kita ini dipenuhi dengan ibadah hanya kerana Allah yang Maha Esa,Moga ibadah sunnah dapat dipertingkatkan sebagai bukti sayang kita kepada baginda S.A.W.Syafaatkan kami Ya Rasulullah Ya Habiballah.Terimalah kami sebagai umatmu ya rasulullah.

Law Kana Bainana Ya Rasulullah.

"Barangsiapa mengikuti sunnahKu , maka dia telah mencintaiKu.Barangsiapa yang mencintaiku maka kelak dia akan bersamaku di Syurga" (Hadith)

Thursday 10 January 2013

AhLaN WaSahLaN To All PrS SaMsHsB 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, ...........Annyeonghaseyo!!!!
   
Sebagai pembuka bicara, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua PrS 2013!!!!!!!!....Secara jujurnya memang tak menyangka bahawa cikgu UbK telah memilih PrS yang hebat tahun ini..........Semoga PrS dapat menjalankan tugas dengan baik....

Ha!!!!!!! Nak dengar tak tips-tips macam mana mahu menjadi PrS yg baik ?????? Sebenarnya, saya bukannya 'perfect' sangat pon, cuma nak kongsi maklumat untuk meningkatkan diri termasuk saya............Sebenarnya tips ini daripada senior PrS tahun lepas......Tipsnya ialah:~~~~~~


  • Sentiasa datang ke bilik kaunseling a.k.a UbK (promote muka...hihihi).....
  • Tanya khabar kepada guru UbK jika melawat bilik UbK (Cikgu Aimi, Cikgu Azura & Cikgu Nazahiah).....
  • Kemas2 sikit walaupun halus je sampah tu (nak 'bodek' cikgu pon apa salahnya)
  • Tolong cikgu kalau cikgu minta tolong ( jangan nak lari !)
  • Sentiasa jaga nama baik PrS @ UbK (jangan nak buat hal !)
  • Buat sesuatu yang menaikkan nama PrS @ UbK (malasnya nak puji diri.....hahaha)
  • Sentiasa jaga disiplin dan hormati cikgu atau sesiapa yang lebih tua (terasa pulak diri ni)
  • Hantar buku log pada waktunya (Tak sempat hantar, boleh dijamakkan....macam solat...hehe)
  • Saling bantu - membantu sesama PrS.
  • Sentiasa ingat apa tugas anda dan jalankan dengan sebaik mungkin.... 

SeKiAn InI DaRiPaDa SaYA......SeMoGa MaJu JaYa MeNjAdI PrS YaNg HeBaT..
FiGhTiNg !!!!!!!!


~~~Pantun~~~
Siwon dan Donghae pergi ke pekan,
Singgah sebentar di rumah Lin Dan,
Semoga berjaya saya ucapkan,
Daripada Azamuddin empunya badan. 



Salam Kasih daripada: 

Muhammad Azamuddin bin Fauzan (5 Ibnu Sina -2013-)
a.k.a
CMJ Leroux
a.k.a
Mr SJ Taenysoon