CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 29 April 2013

TaBahlah Wahai Hati...

  Assalamulaikum...pada hari ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan kamu semua.Kisah ini menceritakan tentang seorang insan yang bernama 'Y'.Dia mempunyai 4 adik-beradik.Kakak dan abangnya sudah pergi ke luar negara untuk sambung belajar.Kini,tinggal 'Y' dan adiknya sahaja.'Y' tinggal bersama neneknya yang sudah semakin uzur menunggu saat untuk kembali kepada Ilahi.Kehidupan seharian 'Y' tidak seperti anak remaja yang lain hidup bagaikan seorang 'puteri' tetapi hidupnya seperti seorang 'hamba' yang menjaga neneknya yang sudah uzur.'Y' terpaksa berjaga malam untuk menjaga neneknya.Biasalah orang tua sudah tentu ingin bermanja-manja,betul tak?Neneknya akan kejutkan dia setiap kali ingin membuang air kecil.'Y' sedikit pun tidak mengeluh untuk bangun malam walaupun tidurnya yang sedang menanti 'sang putera' dalam mimpinya terganggu.Neneknya sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan .'Y' berasa susah hati melihat keadaan neneknya yang sudah semakin uzur.Kadang-kadang apabila menjelang tengah malam,'Y' akan menitiskan air matanya.Dia berfikir kenapa dia yang dilahirkan dalam keluarga sebegini.Terpaksa menjaga orang tua?Kenapa aku tak seperti orang lain yang tiada apa-apa beban yang perlu mereka pikul?Kanapa aku?Itulah yang bermain difikiran 'Y' ketika itu.Dia berasa kehidupannya sangat membebankan.Sampai pada suatu hari,dia ingin melarikan diri daripada rumah kerana tidak tahan lagi.Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja.Dia tidak dapat melarikan diri kerana INI adalah kehidupan dia.Dia perlu terima seadanya.

  Setiap kali selepas solat,'Y' tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Yang Esa."Ya Allah..Kau kuatkanlah hati ini dalam menghadapi semua cabaran yang telah Kau berikan.Sesungguhnya hambamu ini tidak berdaya tanpaMu."Maka,menitislah air mata.Sebak memenuhi ruang dada 'Y'.Dia terus menguatkan semangatnya dengan mengatakan dia boleh!Ya!Dia kuat!Allah bagi cabaran ini mesti kerana dia mampu mengatasinya dan akan menjadi lebih kuat lagi.'Y' menjalani kehidupan di sekolah seperti tiada apa-apa masalah yang menimpa diri.Dia fokus belajar dan terus belajar.Dia mengukir senyuman yang paling manis pada siang hari dan menitis air mata yang sangat berharga pada malam hari.Sesudah sahaja pulang dari rumah,dia terus menjenguk neneknya yang hanya terlantar di atas katil sahaja.Bermulalah 'kerja' 'Y'...Dia memberi neneknya minum,makan...terpaksa mendengar raungan neneknya yang kesakitan.Dia terus bersabar...Tidak mudah bagi seorang remaja menghadapi dugaan ini.

  Pada waktu malam,selepas melihat neneknya nyenyak dibuai mimpi...dia melangkah keluar rumah.Dia melihat ke atas.Terdapat satu sinaran yang dapat membuatkan hati 'Y' gembira dan tenang..iaitu cahaya bulan dan bintang yang menerangi malam.Sungguh indah ciptaan Allah.Allah menggantikan kesedihan di hatinya dengan kegembiraan pada waktu malam yang tidak dijangka.Terukirlah senyuman dari bibirnya... =)
Pada malam itu,nenek dia tidak sengaja terbuang air kecil di atas katil...'Y' menahan kemarahn yang bersarang di hatinya dan meneruskan kerjanya.Selepas selesai membersihkan neneknya,dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat.Dia berdoa lagi kepada Yang Maha Mendengar "Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah kekuatan,ketabahan dan kesabaran pada diri ini dalam menghadapi cabaran Mu Ya Allah...Bantulah hambaMu ini..Bantulah.."

  Selepas beberapa hari,neneknya mengadu kesakitan.Dia merasa pelik dan segera memberitahu ibu bapanya.Sesuatu yang tidak dijangka.Sebuah ambulan datang ke rumahnya untuk mengambil neneknya yang disyak patah tulang sebab itu neneknya tidak boleh berjalan.Setelah diperiksa oleh doktor di sebuah hospital kerajaan,nenek 'Y' ditahan di wad untuk memberi rawatan.Setiap hari selepas balik sekolah,'Y' akan melawat neneknya yang keseorangan.'Y' merasa sedih kerana melihat neneknya yang terpaksa dirawat di hospital.Bermacam-macam ubat yang harus dimakan...'Y' tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi "Ya Allah..Kau sembuhkanlah nenek aku Ya Allah...Jangan Kau ambil nyawanya sebelum aku Ya Allah.."Sebelum neneknya menghembuskan nafas yang terakhir,neneknya membisikkan sesuatu di telinga 'Y'."Nenek sayang sangat pada kamu...terima kasih kerana sudi menjaga nenek tanpa merungut."Tetapi apa yang boleh dibuat..Allah lebih menyayangi neneknya.'Y' seperti tidak percaya apa yang berlaku.Dia cuba menidakkan kepergian orang yang dia sayangi...Walaupun menjaga neneknya adalah beban..tetapi kehilangan orang yang disayangi adalah lebih berat daripada segala-galanya.Kata-kata neneknya masih segar diingatannya...




  Banyak kenangan manis dan pahit bersama neneknya...Semua itu tidak mudah bagi dia untuk melupakannya.Nenek dia merupakan sebahagian daripada hidupnya kerana dari kecil lagi dia tinggal bersama-sama neneknya.Kini,sudah tiada lagi yang menggangu tidur 'Y',yang ingin bersiar-siar..lebih senang lagi,yang ingin menyusahkan dia.Dia berasa kesepian.Hanya kepada yang satu sahaja dia mengadu kesepian dirinya..Dia mengadu kepada Allah dan berkata sendirian kepada dirinya.. "Tabahlah wahai Hati..Ada hikmah disebalik apa yang terjadi." 'Y' tidak dapat menahan kesakitan dalam hati..dia menangis teresak-esak,lalu tertidur akibat kepenatan menangis...Setelah bangun tidur,dia dapat menerima kepergian neneknya yang tercinta.Tabahlah wahai hati...Itulah kata-kata seorang wanita yang tabah menghadapi segala cabaran yang telah diberikan.Mungkin melalui cerita ini,kita tidak dapat menghayati cerita ini..tetapi apakah kita sanggup menjadi seperti 'Y' yang sanggup menanggung beban keseorangan?Yang tidak pernah mengeluh walau sedikit pun?Adakah kita sanggup?Sukar bagi seorang wanita menanggung sendirian...

  Muhasabah diri kita...kenapa Allah memberi semua masalah dan dugaan ini kepada kita?Kenapa?Adakah sebab Allah tidak sayang kepada kita?Fikirkanlah..dan!ingatlah!!Kembali kepada Allah setiap kali ada masalah kerana sesunguhnya Allah itu Maha Mendengar.Dengan itu hati kita, insyaAllah akan tenang.



Nur Atikah Binti Mohamed Nor 
-A-
Kuat dan Tabahkan hati dalam menempuh segala cabaran dan masalah.Allah selalu ada =).



  
   

Saturday 27 April 2013

PengkajiaN PelajaR BermasalaH


Assalamualaikum PRS Super Junior dan Super Senior, 
bulan April sudah pun menjelang, jadi, giliran Muzakkir ME-MANTAP! pula yang akan melengkapkan tugasan blog PRS .....hehehehhehehh.......Sebenarnya, Muzakkir tak tau nak buat apa tetapi Alhamdulillah, tiba-tiba terbit pula idea yang bernas untuk dikongsikan bersama-sama PRS sekalian. Bagi melengkapkan tugasan ini, Muzakkir ingin berkongsi beberapa info tentang tips untuk mencari klien. Sebelum itu, kita perlu ingat bahawa kita datang ke sekolah sebagai seorang pelajar dan PRS. Oleh itu, kita perlu bijak membahagikan tugas. Cikgu Aimi sering berpesan kepada kita agar menjaga akademik.
Kembali kepada tips:

~Mengetahui klien melalui perasaan sama ada positif (gembira,riang) dan negatif (bengang,kecewa,sedih,hampa,duka) dengan peka keadaan sekeliling. Dengan perasaan yang berjaya kita dalami ini, akan membawa kita untuk berbicara dengan lebih lanjut masalah tersebut seterusnya, dapat membantu klien tersebut menyelesaikan masalah. Kena ingat! kita yang cari klien, bukan orang yang cari kita. Ingat!. Kita boleh menerapkan unsur Islam tetapi bukan cara berkhutbah, syarahan atau sebagainya tetapi dalam bentuk saranan atau nasihat yang berhemah. Bukan itu sahaja, boleh beritahu tentang pengalaman kita untuk dijadikan sandaran.

'THAT'S ALL FROM ME !!!'


 PRSMUMMU_LUVZPRS

MUZAKKIR !!!!!

Friday 26 April 2013

TERIMA KASIH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SAM HISAMUDDIN SG BERTIH

hmm... assalammualaikum... sye nk ucapkn terima kasih kpde smua prs sbb berjaya mnjlnkn tugs anda dan mncantikkan lgi bloq ini .... :)

Sunday 21 April 2013

Wanita Pertama Syahid dalam Islam

assalamualaikum w.b.t

mari kita mengenali Wanita Pertama Syahid Dalam Islam

Nama sebenar beliau ialah Sumayyah Binti Kabatth , seorang hamba kepada Abi Huzaifah Bin Mughirah . Beliau berkahwin dengan Yasir Bin Amir , seorang pengembala dan dikurniakan anak bernama Amar Bin Yasir . Ketika Rasul Allah (SAW) berdoa , Sumayyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya .
Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumayyah memeluk Islam , mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut . Namun beliau tetap mempertahankan kesuican akidahnya . Sumayyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditengah panas matahari . Rasul Allah (SAW) berasa terharu dan simpati terhadap keluarga Sumayyah dan menenangkan mereka dengan bersabda ,

Ibni Ishak berkata , sabda Rasul Allah (SAW)...... bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu semua dijanjikan dengan syurga.


Walaupun diseksa , Sumayyah tetap mempertahankan akidahnya, akhirnya Abu Jahal menikam Sumayyah dengan lembing sehingga mati . Beliau merupakan wanita pertama shahid dalam Islam .

Kawan-kawan, fikirkanlah betapa besar pengorbanan generasi sahabat dalam mempertahankan Islam jika dibandingkan dengan sumbangan kita pada hari ini . Apakah akan terjadi seandainya pelajar-pelajar Islam hari ini tiada semangat jihad? Sedarlah, antar punca pelajar Islam gagal mendidik kaum lain dalam penyampaian akademik adalah kerana mereka tiada semangat jihad dalam menimba ilmu pengetahuan .
 

Nur Amirah Atiqah Ika 

Ya Allah...didik lah hati ini


Menjadi fitrah kita seorang manusia, yang lemah lagi lupa, untuk melakukan pelbagai dosa, samaada besar atau kecil mahupun dalam keadaan sedar atau tidak. Mungkin setiap hari kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Kadang-kadang, jika difikirkan, begitu hinanya menjadi seorang manusia yang merupakan hamba Allah SWT. Dengan pelbagai nikmat yang Allah SWT sediakan dan kurniakan kepada kita, namun apa yang dibalas oleh kita ialah banyak melakukan dosa dan maksiat kepada-Nya. Astaghfirullah Al-‘Azim.

Pun begitu, Allah SWT tidak membiarkan manusia asyik dengan dosa-dosa mereka. Diutuskan kepada kita Nabi Muhammad SAW, untuk membetulkan diri kita, untuk mendidik diri-diri manusia. Baginda Rasulullah SAW membawa ajaran Al-Quran yang antaranya bertujuan mengajarkan manusia bagaimana untuk mendidik diri dan menyucikan jiwa. Baginda SAW sendiri menjadi contoh tauladan yang paling sempurna kepada manusia dalam mengajarkan cara-cara untuk mentarbiyah diri dan membasuh jiwa. Lihatlah, bagaimana berjayanya Baginda Rasulullah SAW dalam mendidik diri para sahabat, yang ada dikalangan mereka ketika zaman jahiliyyah adalah seorang manusia yang paling jahat dan hina, namun hasil asuhan Rasulullah SAW, mereka menjadi pejuang Islam yang hebat dan mulia.

Hakikatnya, kini Baginda Rasulullah SAW sudah tiada untuk membimbing kita secara lansung dalam urusan mendidik jiwa. Yang ada hanyalah dua perkara yang sangat besar, yang diwariskan Rasulullah SAW kepada kita semua. Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah dua sumber yang digunakan untuk mendidik diri para sahabat dahulu, dan dua sumber inilah juga yang ditinggalkan untuk menjadi panduan kita semua, ummat akhir zaman. Jika diperhatikan dan ditadabbur secara menyeluruh, maka kita akan dapati banyak sekali ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadis-hadis yang mengajrkan manusia jalan-jalan untuk mendidik diri dan membasuh jiwa. Lebih daripada cukup untuk kita jadikan amalan dalam mentarbiyah diri kita ini.



Dalam dunia yang semakin dipenuhi fitnah dan dugaan yang semakin mencabar ini, begitu sukar sekali untuk diri ini mendidik jiwa, apatah lagi untuk menyucikan jiwa yang penuh dengan kotoran. Ya Allah, memang sukar sekali. Ada ketika, aku merasakan diri ini adalah seorang hamba yang baik, namun banyak masa diri ini bergelumang dengan kelaghaan dan dosa-dosa. Saat berada di majlis ilmu, aku menjadi manusia yang penuh keinsafan, namun keluar sahaja aku terus lupa dan alpa. Saat berada bersama orang Alim dan Ahli Ibadat, aku begitu termotivasi untuk beramal, namun tatkala aku berseorangan, begitu berat sekali untuk melaksanakan perintah-MU.

Benarlah sekali Hadis Baginda Rasulullah SAW tentang hakikat diri manusia, di mana pada waktu pagi mereka beriman, namun petangnya mereka kufur. Ada pula yang waktu petangnya beriman, namun pada waktu pagi menjadi seorang yang kufur. Apabila memuhasabah diri pada hadis ini, Ya Allah, sukar untuk aku berlepas diri dari menjadi golongan itu. Betapa aku tidak mampu untuk mengekalkan momentum imanku di saat ia baik. Banyak sekali jalan-jalan yang mendorong ke arah kejahatan, yang tumbuh bagai cendawan di dunia akhir zaman ini. Banyak sekali fitnah-fitnah dunia yang tidak mampu aku hadapinya.

Betapa aku sedar dan tahu bahawa diri ini perlu ditarbiyah, jiwa ini perlu disucikan. Setiap hari titik-titik hitam mula menutupi ruang-ruang hati, menghalang cahaya petunjuk-Mu daripada sampai ke jiwa. Betapa diri ini sedar, maksiat itu adalah dosa, dan dosa balasannya neraka. Namun dosa juga yang menjadi pakaian diri. Munafikkah diri ini? Hanya kepada-Mu aku menyerahkan urusan ini, semoga aku dipermudahkan untuk mendidik diri dan menyucikan jiwa.



“Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwaku ketakwaannya. Sucikanlah ia (kerana) Engkaulah sebaik-baik yang menyucikan. Engkaulah yang menguasainya dan tuan kepadanya”
 
-Nur Amirah Atiqah binti Mohd Faiz Ng-16 =)
4 ibnu Sina
 
SMILE ALWAYS....DON'T BE SAD..PEACE NO WAR
 
 

Tuesday 16 April 2013

 Sya'wanah : Menangis kerana Allah



Assalammualaikumm w.b.t...

Kisah Taladan kali ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya...
dengan rasa insafnya.. saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. "Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut..."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "  Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! .? (Surah al-Jatsiyah ayat 28). 

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


-Noorhaidatul Najiha-
Naib S/U  

post by: Ikram Hafidz

Tuesday 9 April 2013

10 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah satu jati diri yang seharusnya ada dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat. Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi 10 tips meningkatkan keyakinan diri yang boleh anda cuba.

1. Mulakan hari anda dengan positif
Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda.

2. Simpan matlamat harian anda
Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.

3. “Hadiahkan” diri anda
Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

4. Tekankan kepada penampilan anda
Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

5. Pilih sahabat yang positif
Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

6. Bergaul dengan masyarakat
Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.

7. Dapatkan hobi atau pelajari skill baru
Mempunyai hobi ataupun mempelajari skill tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.

8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat
Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.

9. Membaca dan menuntut ilmu
Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.

10. Sentiasa melihat kebelakang
Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.

itulah antara 10 cara meningkatkan keyakinan diri... so,renung-renungkan dan selamat beramal...
sekian daripada saya... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Disediakan oleh :
Adilah Syahirah Bt Salim
( 4 Ibnu Kathir )