CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 25 September 2013

Pesanan Seorang Kakak kepada Adiknya

"Wahai kakakku..kenapa lemah sungguh kaum Hawa itu? Asyik berteman tangis dan sendu sahaja" adikku yang comel itu bertanya..

"Wahai adikku,,bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya..Tetapi di situlah wahai adikku,, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki.. Menjadi izzah yang paling gah.. Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki.. kerana sendu rayunya,, Nabi Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun..Duhai adikku,, lembut wanita itu bukan kerana lemahnya tetapi sebagai satu senjata.." kata ku..

"Namun wahai kakakku,,wanita itu fitnah dunia" adikku berkata..

"Pernahkan adikku mendengar,,pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai lelaki-lelaki yang beriman.. tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.. Cuba adik nilai.. Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal.. Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.. Dan,,tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita yang bergelar An-Nisa'.. agar memelihara auratnya..kerana di situlh kehormatannya..Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi! Sesungguhnya wanita yang beriman,,yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh.." terang ku dengan panjang lebar agar adikku mengerti..

"Tapi kakakku,,kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah meraka berasa malu?" adikku melontar pertanyaan yang menarik untukku ulaskan..

"Wahai adikku sayang,,Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan dan kewujudannya seiring dengan nafas insani dan Al-Haya' itulah pakaian Iman.. Pada diri wanita itu indah dengan adanya Al-Haya' sebagai pembenteng diri.. Namun,,bila mana Al-Haya' itu lebur,,imannya runtuh.. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Itu disebabkan mereka sebenarnya 'Paranoid',,merasakan diri mereka belum cukup menatik..Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi.. Namun adikku,,wanita solehah itu pasti melindungkan diri mereka dari perbuatan murahan itu.. Wahai adikku,, 1001 keindahan penciptaan wanita.. Pandai-pandailah dikau menilai..Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.. Wahai adikku,,janganlah adik gusar..Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..dan jangan engkau sekali-kali merendahkan diri..menyembah tanah..sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..



Ditulis oleh : Maisarah binti Abdul Halim a.k.a Sarah Halim
Dibantu oleh : Nur Amirah Atiqah binti Mohd Faiz Ng -16 -#Peace No War#




Tuesday, 25 June 2013

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (PMR/SPM)



Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.



Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Ketiga – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


Keempat – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.


Keenam – Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.



Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.



Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.



Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.


Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.



Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.


Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.


Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan

Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan


Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.


Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


Kesimpulan 

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Created By : Afdhalul Fikry ^_^                                                                                  

Monday, 10 June 2013

 Assalamualaikum,marilah sama-sama kita hayati perjuangan seorang insan yang bergelar GURU.

      Guru,
      Engkaulah yang mendidik kami,
      Tanpamu kami terkontang-kanting,
      Mencari arah tujuan kami.

      Guru,
      Engkaulah yang memberi ilmu kepada kami,
      Tanpa keluh-kesah darimu kepada kami.

      Guru,
      Engkau telah banyak berjasa kepada kami,
      Oleh itu,kami akan sentiasa mengenang
      dan mengingati jasa dan pengorbananmu itu.

       Dengan ini,kami ucapkan...
       "SELAMAT HARI GURU".

Walaupun dah terlambat untuk ucapkannya :) tapi harap ucapan ini masih dapat diterima.
Kalau ada tersalah kata atau tersama idea harap dimaafkan.

-Oleh = Nor Masedayu
     

Tuesday, 4 June 2013

tip-tips focus dalam kelas

  
assalamualaikum semua.. :)
hari ni saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tips-tips untuk focus dalam kelas ketika belajar..seperti yang kita tahu,memang ramai pelajar sekolah kita ada masalah dalam kelas terutama focus dalam kelas..ni ade ada tips-tips yang boleh dikongsikan dengan semua..especially for pelajar asrama..memang tidak dinafikan pelajar asrama ramai yang kelihatan mengantuk di dalam kelas..tetapi pelajar luar juga menangtuk dalam kelas..
 
1. Set niat.. 
kalau kita memang ade niat untuk belajar . .kita tidak akan mengantuk dalam kelas.. kita seharusnya set niat awal2 untuk belajar kerana ALLAH.. dapat pahala lagi.. :)
     
2. “Preview” Topik:
ketika belajar mestilah kita ada sedikit kurang faham betul tak ??? tau dah.. so, we as a student , kenalah previem topik yang dipelajari..bila kita tak faham,perlulah bertanya kepada guru..bila kita dah faham,kita akan lebih semangat dan akan fokus dalam kelas.. :)
      
3. Catat Nota
bila kita asyik catat nota je,akan jadi fokus dalam kelas..takkan ngantuk dan sentiasa nak dengar apa yang ckigu cakap and kita takkan pernah tertinggal 1 patah perkataan pun drpd cikgu :)
 4.Postur Badan
bila kita asyik letak kepala atas meja, kita berasa bosan dan takkan fokus dengan pelajaran tersebut..jadi,postur badan terbaik adalah menegak..
     
    
5. Minum Air
sediakan air yang banyak ketika belajar..kerana ia akan membantu kita untuk lebih fokus dalam kelas..air itu membekalkan oksigen yang cukup kepada kita :)


6. tidur yang cukup
seorang pelajar perlulah tidur dalam 6-8 jam sehari..kerana apabila kurang tidur,otak kita akan letih dan sukar memahami apa yang guru ajar dan justeru tidak fokus kerana letih dan mengantuk dalam kelas..

itu sahaja yang dapat saya kongsi pada hari ini..
IN SHA ALLAH ..kalau ada masa kita bertemu lagi :)


-nurlaily shuhada binti hanan-

Friday, 24 May 2013


Memaafkan Itu Iman ….

Safwan bin Umayyah lari ke Jeddah untuk menaiki kapal menuju Yaman .Dia sangat Ketakutan . Ketika itu, Rasulullah s.a.w. baru sahaja membuka kota Makkah . Safwan lari untuk menyelamatkan diri kerana sebelum ini dia adalah pemimpin Arab yang sangat memusuhi Rasullulah s.a.w.
Namun, Rasullulah s.a.w. segera memaafkannya.Baginda memberi kain serban milik baginda sebagai bukti jaminan pengampunan .Namun Safwan masih tidak percaya mempercayainya. Masa kan begitu mudah Nabi Muhammad memaafkan sedangkan angkara kejahatan kejahatannya terhadap Rasulullah dan Islam sangat besar.
Ketika kakinya inigin melangkah masuk ke kapal, sahabatnya Umair berteriak untuk menghalangnya dan berkata: “Baginda lebih pemaaf daripada yang kamu sangka!”setelah dipujuk , Safwan kembali ke Makkah ditemani Umair.Apabila dibawa menghadap Rasulullah, dia berkata : “Orang ini(Umair) mengaku engkau telah memberi keamanan pada diri aku”.Baginda menjawab : “Benar khabar yang dikatakannya”.
Safwan dimaafkan. Dia meminta tempoh dua bulan untuk berfikir sama ada untuk memuluk islam atau tidak.Sebaliknya, Nabi Muhammad memberi tempoh yang lebih lama; empat bulan .Akhirnya, Safwan memuluk islam kerana sifat kasih sayang dan pemaaf Rasulullah.
Sejarah mencatatkan, bukan sahaja safwan diberi maaf .Begitu juga Ikrimah, Abu sufyan, Wahsyi dan lain-lain . Akhirnya, musuh bertukar menjadi sahabat . Penentang Islam beralih menjadi pejuang Islam. Ramai antara mereka syahid di jalan Allah.
Itulah keajaiban iman. Iman itu aman. Orang yang beriman bukan sahaja dapat merasai keamanan dalam dirinya tetapi dia dapat memberi keamanan kepada orang lain. Orang beriman tidak mudah disakiti hatinya.Jika disakiti sekalipun,dia mudah memaafkan.
Sikap mudah memberi maaf menjadi ukuran sejauh mana iman dan kasih saying yang ada dalam hati seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak  bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari. Orang yang terbaik ialah orang yang pertama memulakan salam”.(Riwayat Al-bukhari)
Dengan Iman, pihak yang bersalah mudah meminta maaf dan pihak yang diminta maaf mudah memberi kemaafan. Meminta dan memberi maaf menghapuskan dosa orang yang melakukan kesalahan. Dosa akibat dendam orang menjadi sasaran kesalahan.  

From: -Wan Muhammad Muaz-   

Kemarahan itu api yang panas dan membahang dalam diri . Kemaafan pula ibarat salji dingin yang akan memadamkanya   

Tuesday, 7 May 2013

10 FAEDAH MENJAGA PANDANGAN

1. Mengelakkan hati daripada menjadi lemah kerana dengan memandang perkara yang haram akan menyebabkan 'penyakit' mudah bersarang dalam hati.

2. Menimbulkan cahaya dalam hati sehingga dapat dilihat pada wajah dan tindakan.

3. Menyebabkan tepatnya firasat. Pandandangan mata hati akan cepat dapat melihat dan merasakan sesuatu yang tidak difahami oleh orang lain. Shaja' al-Karmani r.a. pernahm berkata yang bermaksud: '' sesiapa yang zahirnya rajin mengamalkan sunnah dan batinnya sentiasa bermuraqabah (merasakan Allah sentiasa memantaunya), menundukkan pandangannya daripada perkara-perkara yang haram, mengawal dirinya daripada syahwat yang diehard kan serta memakan makanan yang halal, maka tidak akan tersilap firasatnya.

4. Mudah memahami ilmu disebabkan terangnya hati.

5. Menguatkan hati, meneguhkan semangat serta memberanikan diri.

6. Menjadikan hati sentiasa gembira dan ceria. Seseorang yang mampu mengawal nafsu kerana Allah pasti Allah s.w.t. akan menggantikan baginya kegembiraan dan kelazatan yang lebih baik daripada maksiat yang dilakukan.

7. Membebaskan hati daripada dipengaruhi syahwat.

8. Menutup pintu dari pintu-pintu neraka kerana pandangan yang berasaskan syahwat membawa kepada maksiat. Larangan Allah s.w.t. benteng yang menegah daripada terjebak dalam perlakuan haram. Apabila benteng ini dirobohkan maka hati-hati!

9. Meningkatkan kreativiti dan kecerdasan akal.

10. Membersihkan hati leka dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t. dan hari akhirat.



NAILY IWANI BINTI TUN AZMI
3 IBNU RUSYD :)
~You are in my mind-always~




Monday, 29 April 2013

TaBahlah Wahai Hati...

  Assalamulaikum...pada hari ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan kamu semua.Kisah ini menceritakan tentang seorang insan yang bernama 'Y'.Dia mempunyai 4 adik-beradik.Kakak dan abangnya sudah pergi ke luar negara untuk sambung belajar.Kini,tinggal 'Y' dan adiknya sahaja.'Y' tinggal bersama neneknya yang sudah semakin uzur menunggu saat untuk kembali kepada Ilahi.Kehidupan seharian 'Y' tidak seperti anak remaja yang lain hidup bagaikan seorang 'puteri' tetapi hidupnya seperti seorang 'hamba' yang menjaga neneknya yang sudah uzur.'Y' terpaksa berjaga malam untuk menjaga neneknya.Biasalah orang tua sudah tentu ingin bermanja-manja,betul tak?Neneknya akan kejutkan dia setiap kali ingin membuang air kecil.'Y' sedikit pun tidak mengeluh untuk bangun malam walaupun tidurnya yang sedang menanti 'sang putera' dalam mimpinya terganggu.Neneknya sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan .'Y' berasa susah hati melihat keadaan neneknya yang sudah semakin uzur.Kadang-kadang apabila menjelang tengah malam,'Y' akan menitiskan air matanya.Dia berfikir kenapa dia yang dilahirkan dalam keluarga sebegini.Terpaksa menjaga orang tua?Kenapa aku tak seperti orang lain yang tiada apa-apa beban yang perlu mereka pikul?Kanapa aku?Itulah yang bermain difikiran 'Y' ketika itu.Dia berasa kehidupannya sangat membebankan.Sampai pada suatu hari,dia ingin melarikan diri daripada rumah kerana tidak tahan lagi.Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja.Dia tidak dapat melarikan diri kerana INI adalah kehidupan dia.Dia perlu terima seadanya.

  Setiap kali selepas solat,'Y' tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Yang Esa."Ya Allah..Kau kuatkanlah hati ini dalam menghadapi semua cabaran yang telah Kau berikan.Sesungguhnya hambamu ini tidak berdaya tanpaMu."Maka,menitislah air mata.Sebak memenuhi ruang dada 'Y'.Dia terus menguatkan semangatnya dengan mengatakan dia boleh!Ya!Dia kuat!Allah bagi cabaran ini mesti kerana dia mampu mengatasinya dan akan menjadi lebih kuat lagi.'Y' menjalani kehidupan di sekolah seperti tiada apa-apa masalah yang menimpa diri.Dia fokus belajar dan terus belajar.Dia mengukir senyuman yang paling manis pada siang hari dan menitis air mata yang sangat berharga pada malam hari.Sesudah sahaja pulang dari rumah,dia terus menjenguk neneknya yang hanya terlantar di atas katil sahaja.Bermulalah 'kerja' 'Y'...Dia memberi neneknya minum,makan...terpaksa mendengar raungan neneknya yang kesakitan.Dia terus bersabar...Tidak mudah bagi seorang remaja menghadapi dugaan ini.

  Pada waktu malam,selepas melihat neneknya nyenyak dibuai mimpi...dia melangkah keluar rumah.Dia melihat ke atas.Terdapat satu sinaran yang dapat membuatkan hati 'Y' gembira dan tenang..iaitu cahaya bulan dan bintang yang menerangi malam.Sungguh indah ciptaan Allah.Allah menggantikan kesedihan di hatinya dengan kegembiraan pada waktu malam yang tidak dijangka.Terukirlah senyuman dari bibirnya... =)
Pada malam itu,nenek dia tidak sengaja terbuang air kecil di atas katil...'Y' menahan kemarahn yang bersarang di hatinya dan meneruskan kerjanya.Selepas selesai membersihkan neneknya,dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat.Dia berdoa lagi kepada Yang Maha Mendengar "Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah kekuatan,ketabahan dan kesabaran pada diri ini dalam menghadapi cabaran Mu Ya Allah...Bantulah hambaMu ini..Bantulah.."

  Selepas beberapa hari,neneknya mengadu kesakitan.Dia merasa pelik dan segera memberitahu ibu bapanya.Sesuatu yang tidak dijangka.Sebuah ambulan datang ke rumahnya untuk mengambil neneknya yang disyak patah tulang sebab itu neneknya tidak boleh berjalan.Setelah diperiksa oleh doktor di sebuah hospital kerajaan,nenek 'Y' ditahan di wad untuk memberi rawatan.Setiap hari selepas balik sekolah,'Y' akan melawat neneknya yang keseorangan.'Y' merasa sedih kerana melihat neneknya yang terpaksa dirawat di hospital.Bermacam-macam ubat yang harus dimakan...'Y' tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi "Ya Allah..Kau sembuhkanlah nenek aku Ya Allah...Jangan Kau ambil nyawanya sebelum aku Ya Allah.."Sebelum neneknya menghembuskan nafas yang terakhir,neneknya membisikkan sesuatu di telinga 'Y'."Nenek sayang sangat pada kamu...terima kasih kerana sudi menjaga nenek tanpa merungut."Tetapi apa yang boleh dibuat..Allah lebih menyayangi neneknya.'Y' seperti tidak percaya apa yang berlaku.Dia cuba menidakkan kepergian orang yang dia sayangi...Walaupun menjaga neneknya adalah beban..tetapi kehilangan orang yang disayangi adalah lebih berat daripada segala-galanya.Kata-kata neneknya masih segar diingatannya...




  Banyak kenangan manis dan pahit bersama neneknya...Semua itu tidak mudah bagi dia untuk melupakannya.Nenek dia merupakan sebahagian daripada hidupnya kerana dari kecil lagi dia tinggal bersama-sama neneknya.Kini,sudah tiada lagi yang menggangu tidur 'Y',yang ingin bersiar-siar..lebih senang lagi,yang ingin menyusahkan dia.Dia berasa kesepian.Hanya kepada yang satu sahaja dia mengadu kesepian dirinya..Dia mengadu kepada Allah dan berkata sendirian kepada dirinya.. "Tabahlah wahai Hati..Ada hikmah disebalik apa yang terjadi." 'Y' tidak dapat menahan kesakitan dalam hati..dia menangis teresak-esak,lalu tertidur akibat kepenatan menangis...Setelah bangun tidur,dia dapat menerima kepergian neneknya yang tercinta.Tabahlah wahai hati...Itulah kata-kata seorang wanita yang tabah menghadapi segala cabaran yang telah diberikan.Mungkin melalui cerita ini,kita tidak dapat menghayati cerita ini..tetapi apakah kita sanggup menjadi seperti 'Y' yang sanggup menanggung beban keseorangan?Yang tidak pernah mengeluh walau sedikit pun?Adakah kita sanggup?Sukar bagi seorang wanita menanggung sendirian...

  Muhasabah diri kita...kenapa Allah memberi semua masalah dan dugaan ini kepada kita?Kenapa?Adakah sebab Allah tidak sayang kepada kita?Fikirkanlah..dan!ingatlah!!Kembali kepada Allah setiap kali ada masalah kerana sesunguhnya Allah itu Maha Mendengar.Dengan itu hati kita, insyaAllah akan tenang.



Nur Atikah Binti Mohamed Nor 
-A-
Kuat dan Tabahkan hati dalam menempuh segala cabaran dan masalah.Allah selalu ada =).



  
   

Saturday, 27 April 2013

PengkajiaN PelajaR BermasalaH


Assalamualaikum PRS Super Junior dan Super Senior, 
bulan April sudah pun menjelang, jadi, giliran Muzakkir ME-MANTAP! pula yang akan melengkapkan tugasan blog PRS .....hehehehhehehh.......Sebenarnya, Muzakkir tak tau nak buat apa tetapi Alhamdulillah, tiba-tiba terbit pula idea yang bernas untuk dikongsikan bersama-sama PRS sekalian. Bagi melengkapkan tugasan ini, Muzakkir ingin berkongsi beberapa info tentang tips untuk mencari klien. Sebelum itu, kita perlu ingat bahawa kita datang ke sekolah sebagai seorang pelajar dan PRS. Oleh itu, kita perlu bijak membahagikan tugas. Cikgu Aimi sering berpesan kepada kita agar menjaga akademik.
Kembali kepada tips:

~Mengetahui klien melalui perasaan sama ada positif (gembira,riang) dan negatif (bengang,kecewa,sedih,hampa,duka) dengan peka keadaan sekeliling. Dengan perasaan yang berjaya kita dalami ini, akan membawa kita untuk berbicara dengan lebih lanjut masalah tersebut seterusnya, dapat membantu klien tersebut menyelesaikan masalah. Kena ingat! kita yang cari klien, bukan orang yang cari kita. Ingat!. Kita boleh menerapkan unsur Islam tetapi bukan cara berkhutbah, syarahan atau sebagainya tetapi dalam bentuk saranan atau nasihat yang berhemah. Bukan itu sahaja, boleh beritahu tentang pengalaman kita untuk dijadikan sandaran.

'THAT'S ALL FROM ME !!!'


 PRSMUMMU_LUVZPRS

MUZAKKIR !!!!!

Friday, 26 April 2013

TERIMA KASIH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SAM HISAMUDDIN SG BERTIH

hmm... assalammualaikum... sye nk ucapkn terima kasih kpde smua prs sbb berjaya mnjlnkn tugs anda dan mncantikkan lgi bloq ini .... :)

Sunday, 21 April 2013

Wanita Pertama Syahid dalam Islam

assalamualaikum w.b.t

mari kita mengenali Wanita Pertama Syahid Dalam Islam

Nama sebenar beliau ialah Sumayyah Binti Kabatth , seorang hamba kepada Abi Huzaifah Bin Mughirah . Beliau berkahwin dengan Yasir Bin Amir , seorang pengembala dan dikurniakan anak bernama Amar Bin Yasir . Ketika Rasul Allah (SAW) berdoa , Sumayyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya .
Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumayyah memeluk Islam , mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut . Namun beliau tetap mempertahankan kesuican akidahnya . Sumayyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditengah panas matahari . Rasul Allah (SAW) berasa terharu dan simpati terhadap keluarga Sumayyah dan menenangkan mereka dengan bersabda ,

Ibni Ishak berkata , sabda Rasul Allah (SAW)...... bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu semua dijanjikan dengan syurga.


Walaupun diseksa , Sumayyah tetap mempertahankan akidahnya, akhirnya Abu Jahal menikam Sumayyah dengan lembing sehingga mati . Beliau merupakan wanita pertama shahid dalam Islam .

Kawan-kawan, fikirkanlah betapa besar pengorbanan generasi sahabat dalam mempertahankan Islam jika dibandingkan dengan sumbangan kita pada hari ini . Apakah akan terjadi seandainya pelajar-pelajar Islam hari ini tiada semangat jihad? Sedarlah, antar punca pelajar Islam gagal mendidik kaum lain dalam penyampaian akademik adalah kerana mereka tiada semangat jihad dalam menimba ilmu pengetahuan .
 

Nur Amirah Atiqah Ika 

Ya Allah...didik lah hati ini


Menjadi fitrah kita seorang manusia, yang lemah lagi lupa, untuk melakukan pelbagai dosa, samaada besar atau kecil mahupun dalam keadaan sedar atau tidak. Mungkin setiap hari kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Kadang-kadang, jika difikirkan, begitu hinanya menjadi seorang manusia yang merupakan hamba Allah SWT. Dengan pelbagai nikmat yang Allah SWT sediakan dan kurniakan kepada kita, namun apa yang dibalas oleh kita ialah banyak melakukan dosa dan maksiat kepada-Nya. Astaghfirullah Al-‘Azim.

Pun begitu, Allah SWT tidak membiarkan manusia asyik dengan dosa-dosa mereka. Diutuskan kepada kita Nabi Muhammad SAW, untuk membetulkan diri kita, untuk mendidik diri-diri manusia. Baginda Rasulullah SAW membawa ajaran Al-Quran yang antaranya bertujuan mengajarkan manusia bagaimana untuk mendidik diri dan menyucikan jiwa. Baginda SAW sendiri menjadi contoh tauladan yang paling sempurna kepada manusia dalam mengajarkan cara-cara untuk mentarbiyah diri dan membasuh jiwa. Lihatlah, bagaimana berjayanya Baginda Rasulullah SAW dalam mendidik diri para sahabat, yang ada dikalangan mereka ketika zaman jahiliyyah adalah seorang manusia yang paling jahat dan hina, namun hasil asuhan Rasulullah SAW, mereka menjadi pejuang Islam yang hebat dan mulia.

Hakikatnya, kini Baginda Rasulullah SAW sudah tiada untuk membimbing kita secara lansung dalam urusan mendidik jiwa. Yang ada hanyalah dua perkara yang sangat besar, yang diwariskan Rasulullah SAW kepada kita semua. Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah dua sumber yang digunakan untuk mendidik diri para sahabat dahulu, dan dua sumber inilah juga yang ditinggalkan untuk menjadi panduan kita semua, ummat akhir zaman. Jika diperhatikan dan ditadabbur secara menyeluruh, maka kita akan dapati banyak sekali ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadis-hadis yang mengajrkan manusia jalan-jalan untuk mendidik diri dan membasuh jiwa. Lebih daripada cukup untuk kita jadikan amalan dalam mentarbiyah diri kita ini.



Dalam dunia yang semakin dipenuhi fitnah dan dugaan yang semakin mencabar ini, begitu sukar sekali untuk diri ini mendidik jiwa, apatah lagi untuk menyucikan jiwa yang penuh dengan kotoran. Ya Allah, memang sukar sekali. Ada ketika, aku merasakan diri ini adalah seorang hamba yang baik, namun banyak masa diri ini bergelumang dengan kelaghaan dan dosa-dosa. Saat berada di majlis ilmu, aku menjadi manusia yang penuh keinsafan, namun keluar sahaja aku terus lupa dan alpa. Saat berada bersama orang Alim dan Ahli Ibadat, aku begitu termotivasi untuk beramal, namun tatkala aku berseorangan, begitu berat sekali untuk melaksanakan perintah-MU.

Benarlah sekali Hadis Baginda Rasulullah SAW tentang hakikat diri manusia, di mana pada waktu pagi mereka beriman, namun petangnya mereka kufur. Ada pula yang waktu petangnya beriman, namun pada waktu pagi menjadi seorang yang kufur. Apabila memuhasabah diri pada hadis ini, Ya Allah, sukar untuk aku berlepas diri dari menjadi golongan itu. Betapa aku tidak mampu untuk mengekalkan momentum imanku di saat ia baik. Banyak sekali jalan-jalan yang mendorong ke arah kejahatan, yang tumbuh bagai cendawan di dunia akhir zaman ini. Banyak sekali fitnah-fitnah dunia yang tidak mampu aku hadapinya.

Betapa aku sedar dan tahu bahawa diri ini perlu ditarbiyah, jiwa ini perlu disucikan. Setiap hari titik-titik hitam mula menutupi ruang-ruang hati, menghalang cahaya petunjuk-Mu daripada sampai ke jiwa. Betapa diri ini sedar, maksiat itu adalah dosa, dan dosa balasannya neraka. Namun dosa juga yang menjadi pakaian diri. Munafikkah diri ini? Hanya kepada-Mu aku menyerahkan urusan ini, semoga aku dipermudahkan untuk mendidik diri dan menyucikan jiwa.



“Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwaku ketakwaannya. Sucikanlah ia (kerana) Engkaulah sebaik-baik yang menyucikan. Engkaulah yang menguasainya dan tuan kepadanya”
 
-Nur Amirah Atiqah binti Mohd Faiz Ng-16 =)
4 ibnu Sina
 
SMILE ALWAYS....DON'T BE SAD..PEACE NO WAR
 
 

Tuesday, 16 April 2013

 Sya'wanah : Menangis kerana Allah



Assalammualaikumm w.b.t...

Kisah Taladan kali ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya...
dengan rasa insafnya.. saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. "Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut..."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "  Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! .? (Surah al-Jatsiyah ayat 28). 

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


-Noorhaidatul Najiha-
Naib S/U  

post by: Ikram Hafidz

Tuesday, 9 April 2013

10 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah satu jati diri yang seharusnya ada dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat. Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi 10 tips meningkatkan keyakinan diri yang boleh anda cuba.

1. Mulakan hari anda dengan positif
Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda.

2. Simpan matlamat harian anda
Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.

3. “Hadiahkan” diri anda
Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

4. Tekankan kepada penampilan anda
Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

5. Pilih sahabat yang positif
Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

6. Bergaul dengan masyarakat
Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.

7. Dapatkan hobi atau pelajari skill baru
Mempunyai hobi ataupun mempelajari skill tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.

8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat
Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.

9. Membaca dan menuntut ilmu
Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.

10. Sentiasa melihat kebelakang
Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.

itulah antara 10 cara meningkatkan keyakinan diri... so,renung-renungkan dan selamat beramal...
sekian daripada saya... assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Disediakan oleh :
Adilah Syahirah Bt Salim
( 4 Ibnu Kathir )

Friday, 1 March 2013

sempena karnival PPDA

Mengenali Penagih Dadah
Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan                   hasil kerja.
           circ6.gif (239 bytes) Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
           circ6.gif (239 bytes) Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
           circ6.gif (239 bytes) Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
           circ6.gif (239 bytes) Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.
           circ6.gif (239 bytes) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata                  menjadi kuyu.
           circ6.gif (239 bytes) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.
           circ6.gif (239 bytes) Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
           circ6.gif (239 bytes) Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
           circ6.gif (239 bytes) Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
           circ6.gif (239 bytes) Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,                   saudara-mara atau kawan.
           circ6.gif (239 bytes) Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk                   mengambil dadah )

Akibat Kepada Tabiat Dan Kelakuan
Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuannya apabila terlibat dengan penagihan dadah. Ini ialah akibat awal sebelum menemui maut. Adakah anda mahu keadaan seperti ini berlaku pada diri anda?
             circ2.gif (239 bytes) Pandai menipu
             circ2.gif (239 bytes) Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
             circ2.gif (239 bytes) Tidak mengaku terlibat dengan dadah.
             circ2.gif (239 bytes) Penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat sama.
             circ2.gif (239 bytes) Menjauhkan diri daripada masyarakat umum.
             circ2.gif (239 bytes) Penagih dadah hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja.

Akibat Kepada Kesihatan Diri
Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih dadah untuk melawan ketagihan adalah lemah. Penagih dadah secara langsung atau tidak talah mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis penyakit kerana mereka berkongsi menggunakan alat menyuntik yang kotor. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:
                circ2.gif (239 bytes) Melemahkan tenaga dan menimbulkan kemalasan
                circ6.gif (239 bytes) Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat dipulihkan semula ( Walaupun pada peringkat                       permulaan tenaga batinnya berlebih-lebihan )
                circ2.gif (239 bytes) Menjadi mandul di kalangan wanita.
                circ6.gif (239 bytes) Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila
                circ2.gif (239 bytes) Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri.
                circ6.gif (239 bytes) Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan maruah.
                circ2.gif (239 bytes) Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
                circ6.gif (239 bytes) Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat                         mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan.
                circ2.gif (239 bytes) Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.

Akibat Kepada Keluarga
Seseorang penagih sudah tidak berupaya lagi untuk memberikan sumbangan kepada keluarganya kerana dia sendiri berkehendakkan wang, bahkan seringkali pula dia menjadi beban kepada keluarga.Akibat lain adalah seperti yang berikut:
                 dancy4.gif (289 bytes)  Porak-peranda rumah tangga, perpisahan di antara keluarga.
                 dancy4.gif (289 bytes)  Kehilangan harta benda.
                 dancy4.gif (289 bytes)  Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga.
                 dancy4.gif (289 bytes)  Menghancurkan harapan ibu bapa.

Akibat Kepada Masyarakat
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kemantapan sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:
                 but2ani.gif (1161 bytes) Menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak muda mereka.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama.
                 but2ani.gif (1161 bytes) Melemahkan kesopanan dan kesusilaan.

Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah
Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan dadah adalah seperti yang berikut:
                     dancy4.gif (289 bytes) Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar yang terlibat ini tidak hadir pada hari-hari yang tertentu.                            Misalnya pada minggu pertama mereka tidak hadir pada hari Isnin dan Selasa, pada minggu yang                            berikutnya mereka tidak hadir pada hari Khamis pula.
                    but2ani.gif (1161 bytes) Selalu ponteng sekolah
                    dancy4.gif (289 bytes) Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak
                    but2ani.gif (1161 bytes) Perlakuan dan tabiat belajar berubah.
                    dancy4.gif (289 bytes) Mata merah
                    but2ani.gif (1161 bytes) Sering memakai cermin mata hitam.
                    dancy4.gif (289 bytes) Sering ke tandas.
                    but2ani.gif (1161 bytes) Selalu mengantuk apabila berada dalam kelas.
                    dancy4.gif (289 bytes) Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.


Sebab Seseorang Itu Terlibat Dengan Dadah
Banyak sebab mengapa seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah. Antara sebabnya adalah seperti berikut:
                    pointy1.gif (256 bytes) Tidak mempunyai atau kurang mengamalkan suruhan agama.
                    pointy1.gif (256 bytes) Tidak mendengar atau mengikuti nasihat ibu bapa atau guru.
                    pointy1.gif (256 bytes) Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan sebaya.
                    pointy1.gif (256 bytes) Terperangkap dengan perasaan ingin tahu.
                    pointy1.gif (256 bytes) Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah.
                    pointy1.gif (256 bytes) Tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah yang dialami dengan tenang, bersabar dan                             bertakwa.
                    pointy1.gif (256 bytes) Punca sebenar mengapa seseorang itu mudah terpengaruh dengan gejala di atas ialah kerana tidak                            mempunyai ketahanan diri yang kuat dan kukuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Dadah
Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:
pin3b.gif (462 bytes) Jenis Dadah
             Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya               dengan heroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan                dan merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ).
pin3b.gif (462 bytes) Jumlah Yang Digunakan
             Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa               mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut.
pin3b.gif (462 bytes) Cara Menggunakannya
              Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama                ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain.
pin3b.gif (462 bytes) Kesan Individu
              Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan                dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti.
pin3b.gif (462 bytes) Situasi Ketika Menggunakannya
              Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor                 yang mempengaruhi kesan dadah.

Risiko Yang Dihadapi
Apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah, banyak risiko yang akan dihadapi. Antara risiko yang akan dihadapi olehnya adalah seperti berikut:
                pin5b.gif (463 bytes) Maut kerana dos yang berlebihan
                pin5b.gif (463 bytes) Menyebabkan pergantungan pada dadah
                pin5b.gif (463 bytes) Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu.
                pin5b.gif (463 bytes) Menimbulkan masalah undang-undang.

Jenis Dadah
Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadah depresen, stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.
                                                                                                                                                         
Bil       Kumpulan Dadah                  Jenis-Jenis Dadah
1.2.
3.
4.
5.
KanabisDepresen
Halusinogen   
Stimulan
Narkotik
Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish.Barbiturat, Tranquilizer, Methaqaolone.
Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ), Mescaline, MDA, DMT, STP
Amfetamin, Kokain.
Candu, Morfin, Heroin, Kodein.

Undang-Undang Mengenai Dadah                                
                                 pointy4.gif (256 bytes)   Akta Dadah Berbahaya 1952
                                 pointy4.gif (256 bytes)  Akta Racun 1952
                                 pointy4.gif (256 bytes)  Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ) 1983
                                 pointy4.gif (256 bytes)   Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985
                                 pointy4.gif (256 bytes)   Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan Harta ) 1988





Disediakan oleh : MUHAMMAD FIQRI ADIB BIN MISPAR
                           ( 5 IBNU RUSYD )
                           ( AJK KHAS )