Memaafkan Itu Iman ….
Safwan bin Umayyah lari ke Jeddah
untuk menaiki kapal menuju Yaman .Dia sangat Ketakutan . Ketika itu, Rasulullah
s.a.w. baru sahaja membuka kota Makkah . Safwan lari untuk menyelamatkan diri
kerana sebelum ini dia adalah pemimpin Arab yang sangat memusuhi Rasullulah
s.a.w.
Namun, Rasullulah s.a.w. segera
memaafkannya.Baginda memberi kain serban milik baginda sebagai bukti jaminan
pengampunan .Namun Safwan masih tidak percaya mempercayainya. Masa kan begitu
mudah Nabi Muhammad memaafkan sedangkan angkara kejahatan kejahatannya terhadap
Rasulullah dan Islam sangat besar.
Ketika kakinya inigin melangkah
masuk ke kapal, sahabatnya Umair berteriak untuk menghalangnya dan berkata:
“Baginda lebih pemaaf daripada yang kamu sangka!”setelah dipujuk , Safwan
kembali ke Makkah ditemani Umair.Apabila dibawa menghadap Rasulullah, dia
berkata : “Orang ini(Umair) mengaku engkau telah memberi keamanan pada diri aku”.Baginda
menjawab : “Benar khabar yang dikatakannya”.
Safwan dimaafkan. Dia meminta tempoh
dua bulan untuk berfikir sama ada untuk memuluk islam atau tidak.Sebaliknya,
Nabi Muhammad memberi tempoh yang lebih lama; empat bulan .Akhirnya, Safwan
memuluk islam kerana sifat kasih sayang dan pemaaf Rasulullah.
Sejarah mencatatkan, bukan sahaja safwan
diberi maaf .Begitu juga Ikrimah, Abu sufyan, Wahsyi dan lain-lain . Akhirnya,
musuh bertukar menjadi sahabat . Penentang Islam beralih menjadi pejuang Islam.
Ramai antara mereka syahid di jalan Allah.
Itulah keajaiban iman. Iman itu
aman. Orang yang beriman bukan sahaja dapat merasai keamanan dalam dirinya
tetapi dia dapat memberi keamanan kepada orang lain. Orang beriman tidak mudah
disakiti hatinya.Jika disakiti sekalipun,dia mudah memaafkan.
Sikap mudah memberi maaf menjadi
ukuran sejauh mana iman dan kasih saying yang ada dalam hati seseorang.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Tidak halal bagi seorang muslim
untuk tidak bertegur sapa dengan
saudaranya lebih daripada tiga hari. Orang yang terbaik ialah orang yang
pertama memulakan salam”.(Riwayat Al-bukhari)
Dengan Iman, pihak yang bersalah
mudah meminta maaf dan pihak yang diminta maaf mudah memberi kemaafan. Meminta
dan memberi maaf menghapuskan dosa orang yang melakukan kesalahan. Dosa akibat
dendam orang menjadi sasaran kesalahan.
From: -Wan Muhammad Muaz-
Kemarahan itu api yang panas dan membahang dalam
diri . Kemaafan pula ibarat salji dingin yang akan memadamkanya