CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 20 January 2013

Aku Umpama Layang-layang



Aku umpama layang-layang.  Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan.  Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang.  Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…

Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan…

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…

Andai taliku terputus.  Oh, janganlah kau biarkan diriku wahai kawan.  Mungkin aku terlalu lalai dan alpa, sehingga ribut pun mahu kucuba.  Walau ke ceruk mana pun aku tersesat terputus tali itu, carilah aku.  Carilah aku.  Jangan biarkan aku tanpa tali itu.  Kerana tanpa tali itu, aku takkan dapat terbang lagi.  Aku hanya menjadi layang-layang yang tidak berguna.  Menangis sendiri…

Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Terima kasih kawan.  Dengan bantuanmu aku bisa terbang tinggi…



Sahabat,sekali kita berkawan,selamanya kita tetap berkawan..Semoga kita dapat merasakan kemanisan nikmat Iman dan Islam bersama..Ukhuwah Fillah Abadan Abada,insyaAllah


Yang Ikhlas,
~Syakirah~
Naib Pengerusi PRS 2013

Friday, 18 January 2013

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


       SEBENARNYE SYE X DE PAPE NK TULIS TPI ADE LAH SDIKIT YG NK DIKONGSIKAN BERSAMA KITA  SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM YG BERIMAN KEPADA ALLAH.

SOLAT SUNNAT ISTIKHARAH:



    Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.

Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya : " Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya: dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."


  Solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan bila2 masa sahaja,tidak kira waktu siang mahupun malam.Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat sesuatu pilihan yg kita x pasti untuk pilih yg mne satu seprti contoh:

1.  masuk universiti 
2.    course untuk smbung belajar
3.   pekerjaan
4.  jodoh dan sewaktu dgnnyee


Written by: HAIKAL ZAINI