“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi
seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain
di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi
kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja
itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah
remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi
dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa
sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu
untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau
menolongku?” Tanya anak itu.
”Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.
Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah
rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan. Lalu, remaja yang
semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki
datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki
yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan
dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya
lelaki itu.
”Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan
kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan
boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.Lelaki
itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki
yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu.
”Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi
untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual,
dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada
tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan
nada pilu.”
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”
Jika begitu, istirahatlah di perduku,”
kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon
epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan
didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda,
kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita
perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan
mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam
kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa
saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir
bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi
fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa
kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan
hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa
setiap tahun.
#Smile is Sunnah :)
from:
-Ikram Hafidz-
Setiausaha PRS 2013
Muhasabah diri...huhu..
ReplyDelete