CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 14 January 2013

Ahlan Wasahlan Rabi'ul awal

  Assalamualaikum W.B.T




Basically we all know,kita dah masuk bulan rabi'ul awal yakni bersamaan bulan kelahiran our beloved Prophet Muhammad peace be upon him.12 RABI'UL AWAL bersamaan 21 APRIL 571M.Harap kira sendiri berapa lama sudah baginda rasulullah meninggalkan kita,dalam 1442 tahun.Ya Allah waktu yang sangat lama tapi setiap kali kita dengar kisah baginda seolah olah baru semalam baginda meninggalkan kita.Moga hati kita selalu dekat dengan baginda walau jasad dan muka tidak pernah bersua.

Sedar atau tidak saudaraku sekalian hayat baginda dari awal hingga hujung nyawa baginda rasulullah berkorban untuk umatnya.Baginda rasulullah tidak membesar bersama ibu dan bapanya disisi sehingga dewasa namun baginda berjaya menjadi pemimpin terulung dan penghulu sekalian umat dapat kita lihat di situ bahawa kekuasaan Allah Taala melebihi segalanya YA SEGALANYA.

Ya hanana Ya Allah sesungguhnya engkau telah menurunkan seorang rasul yang sangat hebat yang sangat sayang akan ummat nya.Ya hanana Ya Allah kami antara yang terpilih menjadi ummat baginda.Ya Hanana Ya Allah kami menjadi ummat kepada seorang Rasul terakhir bagi mnyempurnakan agama Islam.Ya Hanana  Ya Allah kami menjadi sebahagian dari manusia yang dirindui baginda Rasulullah.YA HANANA!

Itulah hanya sesuatu yang dapat kami banggakan Islam dan sebagai umat Baginda Rasulullah S.A.W.
 Barangkali kita memang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah tapi Rasulullah sudah menyebut perihal kita kepada sahabat.Kita tidak pernah berjumpa apalagi bersua muka tapi yang pasti kita saling merindui dan semoga kerinduan ini menjadi bukti untuk kita bertemu di Sana nanti.

Ya Allah jadikan kami dikalangan mereka yang layak bertemu dengan KekasihMu Muhammad S.A.W.
Tidak mungkin terbalas jasamu Ya Rasulullah.Maafkan kami Ya Rasulullah bilamana kami tidak dapat menjadi ummat yang dibanggakan,Maafkan kami Ya Rasulullah bilamana kami mengecewakan mu Ya Rasulullah.

Salam dan selawat ke atas baginda keluarga dan para sahabat.Moga hayat kita ini dipenuhi dengan ibadah hanya kerana Allah yang Maha Esa,Moga ibadah sunnah dapat dipertingkatkan sebagai bukti sayang kita kepada baginda S.A.W.Syafaatkan kami Ya Rasulullah Ya Habiballah.Terimalah kami sebagai umatmu ya rasulullah.

Law Kana Bainana Ya Rasulullah.

"Barangsiapa mengikuti sunnahKu , maka dia telah mencintaiKu.Barangsiapa yang mencintaiku maka kelak dia akan bersamaku di Syurga" (Hadith)

No comments:

Post a Comment