CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 29 April 2013

TaBahlah Wahai Hati...

  Assalamulaikum...pada hari ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan kamu semua.Kisah ini menceritakan tentang seorang insan yang bernama 'Y'.Dia mempunyai 4 adik-beradik.Kakak dan abangnya sudah pergi ke luar negara untuk sambung belajar.Kini,tinggal 'Y' dan adiknya sahaja.'Y' tinggal bersama neneknya yang sudah semakin uzur menunggu saat untuk kembali kepada Ilahi.Kehidupan seharian 'Y' tidak seperti anak remaja yang lain hidup bagaikan seorang 'puteri' tetapi hidupnya seperti seorang 'hamba' yang menjaga neneknya yang sudah uzur.'Y' terpaksa berjaga malam untuk menjaga neneknya.Biasalah orang tua sudah tentu ingin bermanja-manja,betul tak?Neneknya akan kejutkan dia setiap kali ingin membuang air kecil.'Y' sedikit pun tidak mengeluh untuk bangun malam walaupun tidurnya yang sedang menanti 'sang putera' dalam mimpinya terganggu.Neneknya sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan .'Y' berasa susah hati melihat keadaan neneknya yang sudah semakin uzur.Kadang-kadang apabila menjelang tengah malam,'Y' akan menitiskan air matanya.Dia berfikir kenapa dia yang dilahirkan dalam keluarga sebegini.Terpaksa menjaga orang tua?Kenapa aku tak seperti orang lain yang tiada apa-apa beban yang perlu mereka pikul?Kanapa aku?Itulah yang bermain difikiran 'Y' ketika itu.Dia berasa kehidupannya sangat membebankan.Sampai pada suatu hari,dia ingin melarikan diri daripada rumah kerana tidak tahan lagi.Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja.Dia tidak dapat melarikan diri kerana INI adalah kehidupan dia.Dia perlu terima seadanya.

  Setiap kali selepas solat,'Y' tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Yang Esa."Ya Allah..Kau kuatkanlah hati ini dalam menghadapi semua cabaran yang telah Kau berikan.Sesungguhnya hambamu ini tidak berdaya tanpaMu."Maka,menitislah air mata.Sebak memenuhi ruang dada 'Y'.Dia terus menguatkan semangatnya dengan mengatakan dia boleh!Ya!Dia kuat!Allah bagi cabaran ini mesti kerana dia mampu mengatasinya dan akan menjadi lebih kuat lagi.'Y' menjalani kehidupan di sekolah seperti tiada apa-apa masalah yang menimpa diri.Dia fokus belajar dan terus belajar.Dia mengukir senyuman yang paling manis pada siang hari dan menitis air mata yang sangat berharga pada malam hari.Sesudah sahaja pulang dari rumah,dia terus menjenguk neneknya yang hanya terlantar di atas katil sahaja.Bermulalah 'kerja' 'Y'...Dia memberi neneknya minum,makan...terpaksa mendengar raungan neneknya yang kesakitan.Dia terus bersabar...Tidak mudah bagi seorang remaja menghadapi dugaan ini.

  Pada waktu malam,selepas melihat neneknya nyenyak dibuai mimpi...dia melangkah keluar rumah.Dia melihat ke atas.Terdapat satu sinaran yang dapat membuatkan hati 'Y' gembira dan tenang..iaitu cahaya bulan dan bintang yang menerangi malam.Sungguh indah ciptaan Allah.Allah menggantikan kesedihan di hatinya dengan kegembiraan pada waktu malam yang tidak dijangka.Terukirlah senyuman dari bibirnya... =)
Pada malam itu,nenek dia tidak sengaja terbuang air kecil di atas katil...'Y' menahan kemarahn yang bersarang di hatinya dan meneruskan kerjanya.Selepas selesai membersihkan neneknya,dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat.Dia berdoa lagi kepada Yang Maha Mendengar "Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah kekuatan,ketabahan dan kesabaran pada diri ini dalam menghadapi cabaran Mu Ya Allah...Bantulah hambaMu ini..Bantulah.."

  Selepas beberapa hari,neneknya mengadu kesakitan.Dia merasa pelik dan segera memberitahu ibu bapanya.Sesuatu yang tidak dijangka.Sebuah ambulan datang ke rumahnya untuk mengambil neneknya yang disyak patah tulang sebab itu neneknya tidak boleh berjalan.Setelah diperiksa oleh doktor di sebuah hospital kerajaan,nenek 'Y' ditahan di wad untuk memberi rawatan.Setiap hari selepas balik sekolah,'Y' akan melawat neneknya yang keseorangan.'Y' merasa sedih kerana melihat neneknya yang terpaksa dirawat di hospital.Bermacam-macam ubat yang harus dimakan...'Y' tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi "Ya Allah..Kau sembuhkanlah nenek aku Ya Allah...Jangan Kau ambil nyawanya sebelum aku Ya Allah.."Sebelum neneknya menghembuskan nafas yang terakhir,neneknya membisikkan sesuatu di telinga 'Y'."Nenek sayang sangat pada kamu...terima kasih kerana sudi menjaga nenek tanpa merungut."Tetapi apa yang boleh dibuat..Allah lebih menyayangi neneknya.'Y' seperti tidak percaya apa yang berlaku.Dia cuba menidakkan kepergian orang yang dia sayangi...Walaupun menjaga neneknya adalah beban..tetapi kehilangan orang yang disayangi adalah lebih berat daripada segala-galanya.Kata-kata neneknya masih segar diingatannya...




  Banyak kenangan manis dan pahit bersama neneknya...Semua itu tidak mudah bagi dia untuk melupakannya.Nenek dia merupakan sebahagian daripada hidupnya kerana dari kecil lagi dia tinggal bersama-sama neneknya.Kini,sudah tiada lagi yang menggangu tidur 'Y',yang ingin bersiar-siar..lebih senang lagi,yang ingin menyusahkan dia.Dia berasa kesepian.Hanya kepada yang satu sahaja dia mengadu kesepian dirinya..Dia mengadu kepada Allah dan berkata sendirian kepada dirinya.. "Tabahlah wahai Hati..Ada hikmah disebalik apa yang terjadi." 'Y' tidak dapat menahan kesakitan dalam hati..dia menangis teresak-esak,lalu tertidur akibat kepenatan menangis...Setelah bangun tidur,dia dapat menerima kepergian neneknya yang tercinta.Tabahlah wahai hati...Itulah kata-kata seorang wanita yang tabah menghadapi segala cabaran yang telah diberikan.Mungkin melalui cerita ini,kita tidak dapat menghayati cerita ini..tetapi apakah kita sanggup menjadi seperti 'Y' yang sanggup menanggung beban keseorangan?Yang tidak pernah mengeluh walau sedikit pun?Adakah kita sanggup?Sukar bagi seorang wanita menanggung sendirian...

  Muhasabah diri kita...kenapa Allah memberi semua masalah dan dugaan ini kepada kita?Kenapa?Adakah sebab Allah tidak sayang kepada kita?Fikirkanlah..dan!ingatlah!!Kembali kepada Allah setiap kali ada masalah kerana sesunguhnya Allah itu Maha Mendengar.Dengan itu hati kita, insyaAllah akan tenang.



Nur Atikah Binti Mohamed Nor 
-A-
Kuat dan Tabahkan hati dalam menempuh segala cabaran dan masalah.Allah selalu ada =).



  
   

1 comment:

  1. sedih cerita ni..huhu..muhasabah
    tapi pengisian yg best, mabruk kak atikah :)

    ReplyDelete